Minggu, 09 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Lelaki Makan Tikus Selepas Hilang 4 Bulan

Lelaki Makan Tikus Selepas Hilang 4 Bulan


URUGUAY – Seorang bapa berusia 58 tahun yang hilang di pergunungan Andes sejak empat bulan lalu, ditemui masih hidup dengan hanya makan tikus dan kismis sebagai pengalas perut dalam cuaca sejuk melampau.

Raul Fernando Gomez Circunegui, berjaya diselamatkan semalam selepas ditemui oleh sekumpulan pendaki dari Argentina pada ketinggian 9,318 kaki.

Dia kehilangan berat badan sebanyak 19 kilogram dan mengalami kekurangan zat, namun doktor memaklumkan Gomez akan kembali pulih dalam masa beberapa hari.

Gomez bernasib baik kerana tempat berteduh yang ditemuinya itu mempunyai gula serta kismis dan turut didiami oleh tikus.

Dia memulakan perjalanan merentasi kawasan pergunungan dari Chile ke Argentina pada bulan Mei lalu, namun terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya mengalami kerosakan.

Namun dia sesat semasa ribut salji.

Susulan itu gerakan mencarinya dilancarkan namun ia dihentikan pada bulan Julai lalu akibat cuaca buruk.

Dalam pada itu, gabenor San Juan, Jose Luis Gioja berkata,ia merupakan sesuatu yang ajaib apabila Gomez masih hidup.

`Kami masih tidak percaya, Kami kemudian membenarkan dia bercakap dengan isteri dan anaknya,’’ katanya.

Doktor yang memeriksa Gomez juga terkejut kerana lelaki itu masih mampu bertahan sedangkan dia mempunyai penyakit darah tinggi dan kuat merokok.

Penemuan Gomez mengembalikan semula ingatan terhadap nahas yang menimpa pasukan rugby dari Uruguay pada 1972, hingga mengorbankan 29 orang di kawasan pergunungan Andes.

16 orang terselamat dalam kejadian itu, dan mereka dapat bertahan daripada cuaca sejuk dengan makan mayat rakan-rakan mereka.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar