Minggu, 23 Februari 2014
Browse Manual »
Wiring »
‘sungai
»
berenang
»
buaya’
»
dalam
»
maut
»
tempah
»
Tempah Maut Berenang Dalam ‘Sungai Buaya’

Tempah Maut Berenang Dalam ‘Sungai Buaya’

DARWIN – Seorang lelaki yang sedang menyambut ulang tahun kelahiran rakannya maut dibaham buaya di sini pada Sabtu.
Mangsa, Sean Cole, 24 dan rakannya telah bertindak berani dengan berenang ke dalam sebatang sungai terkemuka di pedalaman Australia, Mary River yang sememangnya diketahui sebagai kawasan habitat buaya.
Ketika berenang merentasi sungai itu, seekor buaya sepanjang 4.7 meter telah membaham Sean di bahagian dadanya.
Kejadian ngeri itu disaksikan oleh 15 rakannya yang berada di gigi sungai tanpa boleh memberi sebarang pertolongan.
Menurut Ranjer Hidupan Liar Wilayah Utara Tom Nicholas, badan Sean dan buaya yang mati itu telah timbul di permukaan sungai pada awal pagi Isnin.
Buaya itu telah ditembak oleh pihak berkuasa beberapa jam selepas serangan pada Sabtu itu tetapi ia tenggelah sebelum ditemui semula.
Cole hadir bersama rakan-rakanya bagi meraikan hari jadi rakanya du Mary River Widerness Retreat iaitu salah sebuah kawasan pelancongan di pedalaman Australia.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: AP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar